DEMI RAKYAT

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

1. BEKALAN AIR PERCUMA BAGI 20 METER PADU

Dasar memberi bekalan air kegunaan percuma bagi 20 meter
padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter
individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 jun 2008.
Program ini adalah bertujuan membantu mengurangkan beban
kewangan rakyat Selangor. Dianggarkan seramai 1.5 juta pengguna
meter individu penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan
ini dan secara tidak langsung program ini telah meringankan beban
rakyat terutama dalam situasi ekonomi merosot ini.

2. SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Ia merupakan skim khairat kematian yang diwujudkan khusus
untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Ia bertujuan untuk
keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar
yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman
politik, status ekonomi dan kedudukan sosial mereka. Manafaat
yang diberikan bernilai Rm 2,500 dan  Rm 1,000 akan diberi
selepas laporan kematian dibuat dan dokumen telah disahkan.
Manakala baki Rm 1,500 akan diberikan dalam tempoh 60 hari
berikutnya dalam satu majlis rasmi. Skim ini terbuka kepada semua
Warga Emas rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor ; ATAU lahir di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN
sedang menetap sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan
kelahiran Negeri Selangor). Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat
ADUN, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Rantaian
Mesra Sdn. Bhd.

3. HADIAH ANAK MASUK IPT

Dasar memberi hadiah Rm 1,000 akan diberikan kepada anak Selangor
yang melanjutkan pengajian tinggi awam / swasta yang diiktiraf kerajaan
dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda
dari keluarga berpendapatan Rm 1,500 ke bawah. Hadiah ini akan terus
dikreditkan ke dalam akaun pelajar ataupun melalui cek. Semua rekod
pembayaran akan dimasukkan di dalam sistem pangkalan data yang akan
dibangunkan oleh urus setia dan bayaran akan dibuat dalam tempoh dua
minggu (10 hari bekerja) selepas borang hadiah pengajian IPTA / IPTS
yang lengkap diterima oleh pihak urus setia. Sehingga kini seramai
11,103 orang pelajar telah layak menerima hadiah ini sepanjang tahun
julai 2008 sehingga Mac 2010, kerajaan negeri terus prihatin dengan
menyediakan peruntukan sebanyak Rm 8.2 juta bagi meneruskan
program ini.

4. TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak Rm 100,
kad keahlian dan sijil simpanan bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya.
Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima Rm 1,500 seorang hasil
daripada pelaburan dalam TAWAS. Syarat-syarat permohonan :-

a.) Warganegara Malaysia yang lahir mulai 1 Januari 2008 dan ke atas
b.) Bayi lahir di Negeri Selangor atau di Luar Negeri Selangor DAN ibu atau bapa lahir
    di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
c). Bayi lahir di Negeri Selangor DAN Ibu atau Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi
     telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf
    permastautin daripada Ketua Kampung/ Penghulu/ Pengerusi Taman Perumahan / Ahli
    Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal ). ATAU
d). Lahir di luar Negeri Selangor (sempadan Negeri Selangor) DAN Ibu atau Bapa bukan
    kelahiran Selangor tetapi bermastautin tetap di Negeri Selangor.
    (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/ Penghulu/
     Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/ Senator/ADUN dan Ahli Majlis Pihak
     Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal ).

5. PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIAN

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil pendekatan berlainan dalam aktiviti
pengorekan bahan batuan dan mineral di Selangor. Peningkatan hasil batuan dan
mineral yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hasilnya diagihkan dan diserahkan
semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan Agenda MES. Lantaran
itu kerajaan negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang beroperasi
sebagai syarikat kerajaan yang memberi penumpuan pada aktiviti perniagaan
pasir , lombong dan sungai. Ini bermakna , Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
bertanggungjawab untuk memastikan setiap royalti bagi setiap tan hasil daripada
batuan dan pasir dapat dikutip dan dinikmati oleh rakyat Selangor.

6. TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG

Pembelaan Kerajaan Negeri Selangor adalah melibatkan seluruh rakyat Negeri
Selangor termasuklah anak-anak pekerja ladang. Tabung ini diwujudkan adalah
bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan
yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja
ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka serta keperluan pembelajaran.
Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pendidikan mereka serta keperluan
pembelajaran. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pendidikan mereka
serta keperluan pembelajaran. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai
pembinaan dan penyelenggaraan asmara bagi anak-anak pekerja ladang bagi
tujuan membiayai pembinaan dan penyelenggaraan asrama bagi anak-anak
pekerja ladang di Seluruh Negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin
dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan Rm 2 juta
dalam merealisasikan program ini.

7. PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)

'One Stop Crisis Centre' (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat
Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan
di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan
menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan keganasan
rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan
mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar
mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di
bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital dimana terdapat kakitangan yang
terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya
kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan. Terdapat
enam (6) buah hospital telah menyediakan perkhidmatan ini iaitu Hospital Ampang,
Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan
Hospital Kajang.