Ucapan Ketua Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua masyarakat dan penduduk setempat di bawah kawasan pentadbiran saya selaku sebagai Ketua Kampung Bt 13 Jalan Cheras Kajang mulai tahun 2008 .


Dengan terlancarnya blog ini saya berharap segala maklumat dan program yang dirancang akan dapat disalurkan kepada penduduk tanpa sebarang jurang dan prejudis.
Saya memang mengharapkan bahawa antara masyarakat setempat dan pihak pentadbiran yang mewaliki Kerajaan Negeri Selangor seperti saya sama-sama berganding bahu dan bersatu padu untuk membangunkan kampung kita supaya ia menjadi selesa untuk diduduki dan selamat daripada bahaya.


Walaupun Kerajaan Negeri Selangor kini baru menjangkau tiga tahun pemerintahannya, sudah banyak perubahan yang kita ketengahkan dan melalui blog ini saya berharap ia dapat salurkan
pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) , Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) , Hadiah Anak Masuk Universiti , Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang , Pemberian Air Percuma sebanyak 20meter cube padu dan sebagainya. Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih dan mengharapkan supaya masyarakat setempat rajin mengunjungi pejabat saya untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam mencapai idea untuk membenteras pelbagai masalah setempat serta beramai-ramai mendaftar diri dan keluarga dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.


             PEJABAT KETUA KAMPUNG













                               PETA LOKASI KAWASAN PENTADBIRAN KAMPUNG