1. Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung akan bermesyuarat pembuka tirai
tahun baru pada 14hb Januari 2011 ,
Lokasi di Balairaya Batu 13 , Masa 9.30 malam , Semua ahli JKKK diwajibkan hadir.
2. Skim Mikrokredit Selangor (SMS) dilancarkan pada 8 Julai 2010 .
Di bawah urusan dan kawalan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAS).
Objektif ditubuhkan :-
Memberi pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan
displin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang
demi memberi bantuan dan pertolongan kepada masyarakat untuk memulakan
perniagaan kecil-kecilan bagi menambahkan pendapatan isi rumah rakyat miskin
terutamanya di luar bandar.
(kumpulan sasaran : golongan miskin & berpendapatan rendah )
-- sesiapa berminat hubungi --
YAYASAN DAR AL QARD AL HASAN SELANGOR
SKIM MIKROKREDIT SELANGOR
TINGKAT 3, KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH HULU LANGAT
BANGUNAN SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SHAH
SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN.
( TEL : En. Shaharuddin Yacob 019 - 5446017 , En. Ahmad Afiq Ismail 013 - 2226158 )
atau ketua kampung di lokasi kediaman